Tim Van Damme Inspired by Tim Vand Damme

Penafian

Salam pembuka bicara.Tujuan blog ini dibuat adalah untuk mengumpul artikel yang bagi aku sangat rare , takde juai punye.Bukan bertujuan untuk dijadikan artikel hak milik aku,dan di publish atas nama aku.Semuanya hanya untuk rujukan aku masa hadapan.Andai kata anda terjumpa artikel anda disini,dan mahukan kredit atau nama,sila berbuat demikian kepada aku . Aku hanya insan hina .

Galeri

Blog

Baush&Lomb dan Loxottica Group

Panduan ini berdasarkan pemerhatian,pengalaman serta ilmu Abang Chik yang cetek ini tentang Ray-ban Aviator dan Caravan models yang dihasilkan oleh dua syarikat terbesar sunglasses iaitu bausch & Lomb (USA) dan Luxottica (Italy). Walaupun semua model yang dihasilkan oleh Luxottica mempunyai markings yang tersendiri, tetapi ia tidak bermakna model Ray-ban keluaran B&L tidak dapat dijumpai di pasaran walaupun penghasilan sudah tidak dieluarkan lagi.

Sedikit sejarah ringkas tentang Ray-Ban B&L sunglasses, penghasilanya bermula pada tahun 1937 oleh Bausch & Lomb. Ianya hanya digunakan oleh tentera Udara Amerika Syarikat (U.S.A.F) sahaja. Tetapi pada tahun 1999,Bauch & Lomb telah muflis dan diambil alih oleh syarikat kaca mata gergasi Italy, Luxottica Group. Sekarang B&L lebih menumpukan terhadap pengeluaran alat-alat optometrist sahaja seperti contact lens. Sejak pengambil alihan B&L oleh Luxottica, mereka telah mengubah beberapa ciri marking sebelum ini. Dibawah adalah beberapa perubahan yang telah dilakukan ( berdasarkan pemerhatian Abang Chik untu 2 jenis Ray-ban yang dinyatakan diatas) :-

- BL ditukarkan kepada RB
- RB transparent pada sebelah kiri lens, tetapi untuk BL kedua-dua lens transparent BL.
- Mark "B&L RAY-BAN U.S.A." telah ditukar kepada"B&L RAY-BAN ITALY" pada bridge.


Vintage B&L Ray-Ban U.S.A. (Dikeluarkan sebelum 1999)
Adalah jenis yang sangat tinggi nilainya kerana sudah tidak di keluarkan lagi sekarang, dihasilkan beberapa dekad yang lalu oleh Bausch & Lomb U.S.A. Pada lens kanan terdapat Ray-ban logo warna emas dan putih (bergantung pada model). Kedua-dua belah lens mempunyai transparent BL hampir pada hinges. Juga mempunya BL logo pada nose pads dan "B&L Ray-Ban U.S.A." pada bridge.

New Ray-Ban By Luxottica Group, Italy. (Dikeluarkan selepas tahun 1999)
Ray-ban baru keluaran Luxottica Group, Italy. RB logo terdapat pada lens kiri hampir dengan hinge. Juga mempunya RB logo pada nose pads dan "B&L RAY-BAN ITALY" mark pada bridge.




Iklan B&L sunglasses pada tahun 1946



English Edition
Read more

Apakah itu 'Polarized' lens atau kaca polarized?

Jika anda sedang berjalan-jalan ke di tepi pantai menjelang matahari terbenam atau terbit..... Pandanglah ke arah perairan dengan riak ombak berwarna merah keemasan di sana.

Mungkin bagi sebagian orang , pantulan dari cahaya matahari di atas ombak perairan itu akan menambah keindahan panorama di tempat itu.Bagaimana dengan para pelayar atau peminat sukan pantai lain? Ya!!
Pantulan itu akan mengganggu penglihatan dalam melakukan aktiviti mereka. Bagi mereka, pantulan pada permukaan air itu sangat menyilaukan serta mengabur ketajaman pandangan mata mereka untuk melihat objek yang ada di depan mereka.

Polarized-lens atau kaca polarized adalah sebuah lensa dengan lapisan filter untuk menapis cahaya tertentu (seperti UV) yang melalui lensa tsb. Lensa polarize dengan filter ini memiliki sutu keistimewaan yang utama, iaitu dapat memantul kembali efek pantulan cahaya menyilaukan yang datang dari permukaan horizon seperti pada permukaan laut, salju, cermin kenderaan, dll. Dengan lensa ini pandangan mata menjadi lebih teduh namun tetap kontras dalam membezakan warna-warna pada pandangan sekeliling. Cuba anda lihat efek kaca lensa polarized dibawah ini



Perbezaan pandangan kaca polarize dengan kaca tanpa polarize



Kesan penggunaan kaca polarized pada cermin kereta



Cahaya pertama kali ditemui oleh seorang ahli matematik Etienne Louis Malus, pada tahun 1808. Seperti mana kita ketahaui, bila suatu cahaya yang merambat secara transverse dipantul pada permukaan rata melintang, maka gelombang pantulan cahaya itu akan di pantulkan pada satu arah yang tegak lurus terhadap garis pantulanya.
Etienne Louis Malus


Cahaya matahari yang datang dari arah sudut tertentu pada permukaan kaca atau permukaan air, ia akan di'refleks'kan dan di'polarize'kan pula oleh permukaan datar tersebut. Sinar pantulan yang telah terpolarized itu bersama sinar dari lingkungan sekitarnya, akan dirambatkan menuju mata kita yang bila digambarkan ia memiliki dua komponen gelombang. Yang pertama adalah komponen gelombang yang 'vertikal', dan kedua adalah komponen gelombang 'horizontal' (yang berasal dari hasil polarize cahaya pada pantulan permukaan bidang datar tersebut). Komponen cahaya dari gelombang yang horizontal inilah yang akan dinafikan oleh 'lensa polarized' dengan arah 'polaris' yang vertikal.


Cahaya vertikal dan hrizontal yang memasuki cermin polarized
Read more

Types of lenses used by Ray-ban

Ok disini Abang Chik akan berkongsi info tentang lens atau cermin kanta yang digunakan oleh Rayban kerana terlampau banyak yang bertanyakan saya tentang hal ini.

Sebenarnya buat pengetahuan anda, Rayban mempunyai empat jenis lens iaitu B15 XLT lens, G15 XLT lens, polarised lens dan normal lens (saya tidak akan bincangkan disebabkan tiada ciri istimewa lens jenis ini).

1) B15 XLT lens
Ray ban yang menggunakan lens B15 XLT lens adalah selalunya bewarna brownish, ianya menghalang 100% sinaran UV dan hanya membenarkan 15% sahaja cahaya nampak yang melaluinya (85% lagi akan ditapis). Lens brownish ini akan menapis dan mengurangkan jumlah cahaya biru yang memasuki mata. Cahaya biru merupakan cahaya yang mudah dikesan oleh mata manusia dan memberikan corak dan kesan terhadap penglihatan manusia.



G-15 lens yang digunakan rayban clubmaster

2) G15 XLT
Lens jenis ini mempunyai ciri yang serupa seperti B15 XLT tetapi bezanya ia bewarna greyish/greenish .G-15 lens sebenar dibagunkan oleh Ray ban untuk kegunaan tentera Amerika dengan design Aviator.
Cabaran untuk membangunkan lens G-15 adalah "colour natural” dengan kata lain, lens G-15 XLT menapis cahaya seperti mana mata manusia melakukanya. Jika anda mahukan lens yang memberi kesan contrast yang yang minimum antara colour, lens G-15 XLT adalah sesuai dengan anda kerana memberikan colour sensitivity kepada mata manusia. Ini bermakna warna yang anda lihat melalui lens akan secara semulajadi dan secara lembut masuk kedalam retina mata.
Kedua-dua kanta B15 XLT dan G15 XLT mempunya ciri anti-calar. Kualiti kedua-dua jenis kanta ini sangat unik dan hanya dimiliki oleh ray ban.

Contoh Lens G-15 yang digunakan oleh Rayban


3) Polarized Lens
Kanta polarized penting untuk memotong kuantiti cahaya “glare” yang di hasilkan oleh pantulan permukaan seperti air atau semi-transparent object dan juga pantulan dari permukaan metal.“Glare” bermaksud kesukaran untuk melihat sesuatu dalam cahaya yang terang.
Cahaya matahari, sebagai contoh akan memacarkan cahayanya melaui radiation secara rawak pada semua arah. Kanta jenis polarized sesuai untuk pemandu/penunggan motosikal yang sukar untuk melihat disebabkan cahaya terang ketika memandu (selalunya matari berada pada kedudukan depan pemandu).
Kanta polarized mempunyai permukaan “laminated” dengan vertical stripes yang dibaluti filter, dimana berfungsi untuk cut-out cahaya lintang dengan hanya membenarkan cahaya tegak (vertical-light) untuk melaluinya. Dengan kata lain, jika anda memakai kanta polarized, anda akan melihat secara baik jika berada berhampiran laut atau tasik serta ketika pemanduaan.

wayfarer yang menggunakan kanta polarized

4) Lens Base
Kanta jenis ini lebih merujuk kepada base curve atau front curve diukur dengan menggunkan istilah “diopters”, term yang digunkan oleh opticians. Oleh itu, anda dapat melihat pada ray ban aviator mempunyai “Lens Base 6” bermakna mempunyai curved,design dan fungsi sebagai kaca mata.
Read more

The History of Ray Ban Wayfarers

MALAY VERSION

Ray ban wayfarer adalah merupakan kaca mata digilai ramai termasuklah selebriti. Berbalik kepada penghasilanya dalam industri fasyen, ray ban wayfarer sangat unik berbanding keluaran model yang lain kerana ciri-ciri fizikalnya yang kotemporari Kita seringkali melihat penampilan individu yang menggayakan kaca mata ini dalam filem, televisyen dan majalah yang mempunyai nilai sejarahnya tersendiri.

Abang Chik akan menerangkan sejarah ringkas bagaimana terciptanya pengusaan ray ban wayfarer di kalangan jenama-jenama kaca mata yang lain.

Pengenalan Ray ban Wayfarer bermula pada tahun 1961 dimana ia pertama kali di lihat dalam movie popular Breakfast at Tiffany’s. Dipakai oleh Audrey Hepburn, ianya banyak lahi dipakai oleh artis-artis holywood ketika itu dalam pembikinan filem sepanjang beberapa dekad.

Pada tahun 1970 popularitynya merudum, tetapi B&L secara bijak dengan menjadikan model-model serta bintang terkenal sebagai batu loncatan untuk memperkenalkan dan mempromosikannyan sebagai langkah penjanaan semulaja. Tom Cruise juga dilihat memakai ray ban wayfarer didalam movie Risky Businness. Selain itu, beberapa selebriti terkenal merupakan peminat rayban ini antaranya Madonna, , Debbie Harry, Elvis Costello, Jack Nicholas and even Anna Wintour.

Tom cruise memakai wayfarer

Hari ini, terdapat kira-kira 40 designya yang berlainan tetapi masih mengekalkan ciri utamanya yang unik dimana mudah untuk dibezakan berbanding model yang lain. Peminat-peminat ray ban tidak ketinggal mengumpulkan ray ban wayfarer yang vintage untuk dijadikan sebagai koleksi peribadi atau sebagai kepuasan diri sendiri.

wayfarer 2140
Read more

The List of Rare Seiko Vintage

Seringkali saya menerima pertanyaan lewat telepon, sms atau email mengenai tipe Seiko vintage apa saja yang highly collectible. Untuk menjawab itu semua, saya akan menyajikan jenis-jenis saya yang (menurut saya) nilai kolektibilitasnya tinggi. Mungkin orang lain berpendapat berbeda, tapi inilah pilihan-pilihan saya dan gambar Seiko yang ditampilkan disini saya dapat dari internet.

The most collectible Seiko: Grand Seiko VFA (Very Fine Adjustment)
Tipe inilah yang di-klaim mampu mengalahkan dominasi jam-jam chronometer swiss. Disebut VFA (Very fine adjustment) dengan 36,000 bph karena memang jam ini dibuat dengan sangat akurat sehingga akurasi jam ini sangat tinggi sekitar 1-2 detik / hari. Tipe solid gold dari tipe ini dijual sangat tinggi yaitu US$26,000 dan hanya dibuat hanya 173 buah. Tipe ini diproduksi tahun 1969-1972.



Grand Seiko Diashock Automatic Caliber 6246-9001: 
Ini adalah the rarest Grand Seiko. Hanya diproduksi sebanyak 19,800 buah pada akhir tahun 60-an. Tipe ini sangat dicari oleh para kolektor Jepang yang dikenal sangat bangga dengan kualitas produk buatan mereka sendiri.



King Seiko Caliber 4402 manual winding
Seiko KS ini sering juga disebut sebagai salah satu legenda KS. Masih menggunakan movement manual cal.4402 dengan 25 jewels dan merupakan versi awal (generasi kedua) dari Seiko KS (produksi tahun 1966).


Seiko Diver Professional 600m Automatic
Tipe ini layak disebut legenda Diver Watch karena Seiko-lah yang pertama kali menggunakan material Titanium untuk sebuah jam Diver. Pembuatan jam ini dilakukan pada tahun 1975 dan merupakan pioner terhadap 20 jenis teknologi dalam pembuatan jam diver selanjutnya. Teknologi itu antara lain adalah: penggunaan one piece case structure, pemasangan kristal dengan system L shape, penggunaan material plastic strap dll. Jam ini menggunakan movement mekanik cal.6159 hi-beat serupa yang digunakan pada seri GS.


Seiko Diver 150m cal.6217
Tipe ini sering disebut sebagai 'The holy grail' of Diver watch. Merupakan jam Diver pertama yang dibuat oleh Seiko dengan menggunakan automatic movement cal.6217. Diproduksi pada tahun 1965. Movement cal.6217 ini juga digunakan untuk tipe Seiko Worldtimer.


Seiko Diver Automatic cal.6105
Salah satu the must have item bagi para pencinta Seiko (selain tipe klasik lain cal.6309 dan 6306). Casing jam ini unik karena sangat lebar tapi tidak disertai dengan lebar lugs yang proporsional (hanya 18mm). Jam ini diproduksi tahun 1968.


Seiko Diver 300m cal.6159
Salah satu tipe lain dari Hi-Beat Diver. Jam ini dibuat untuk kondisi kedalaman 300m dengan menggunakan one-piece case structure yang solid.
Seiko One-button Chronograph Manual Winding Caliber 5719
Seiko ini merupakan the FIRST Seiko Chronograph yang diproduksi tahun 1964 untuk Olimpiade Tokyo. Movement manual winding caliber 5719-8992
Tipe ini juga keluar untuk versi dengan date yang menggunakan cal.5717.


Seiko pilot chrono, 6138-7000 with slide rule.
Seiko Automatic Chronograph Cal.7016-5020, larger square ( almost tonneau shaped ) case
Tipe yang menggunakan cal yang sama 7016 menggunakan case yang lebih kotak dan sering disebut sebagai Seiko 'Monaco".


Seiko 6138-0040 'Bullhead' atau 'Mickey Mouse'
Tipe ini (warna dial hitam-biru) jauh lebih sulit didapat dari pasangannya dengan dial coklat. Hanya saja untuk dial coklat juga mengeluarkan versi Speedtimer sedangkan dial hitam tidak pernah dijumpai versi Speedtimer-nya.

Seiko Time Sonar Cal. 7018-6000
Tipe ini juga di-klaim sebagai salah satu yang langka karena desainnya sangat unik. Sebenarnya secara movement tidak jauh berbeda dengan tipe 6139. Yang sangat membedakan Time Sonar ini adalah penggunaan case back atau dial transparan. Seorang pedagang pernah mendapatkan tipe ini dengan case back transparan dan dianggapnya sebagai jam seiko palsu sehingga dijual hanya Rp.100 ribu! Seiko Time Sonar dibawah casebacknya transparan.


Nah itu adalah sebgaian dari jenis-jenis Seiko yang (menurut saya) highly collectible dan sulit didapat. Masih banyak tipe-tipe Seiko yang langka dan harganya terjangkau. Semoga ini bisa menjadi panduan rekan-rekan penggemar jam antik dalam berburu jam-jam Seiko vintage.
Happy Hunting!
Read more

Seiko terbaik

Seiko... suatu jenama untuk semua golongan. Sebab apa aku cakap camtu? Seiko boleh didapati dengan harga serendah Rm200 hinggalah ke Rm30k.... ada lagi mahal sebenarnya ni.... Setakat ini, hanya Seiko yang mampu berbuat demikian. Syarikat lain mungkin tak berani ataupun nak jaga standart kononnya. Mungkin sebab tu, ramai orang yang 'kurang' tahu pasal Seiko memandang rendah dengan jenama ni. Bila tengok... "alah, Seiko ja..." Mungkin ada yang pernah terserempak dengan orang camni, mungkin juga tidak. Pada yang pernah, berderau juga darah bila dengar. Sebagai collector, itu adalah asam garam & pasti jenama ini antara yang dibanggakan disebabkan sejarahnya, keberanian, heritage & juga inovasi mereka.

Seiko berani berbuat demikian sebab mereka bukan sahaja mensasarkan pasaran low-end sahaja malah juga high-end. Inovasi yang mereka buat bukan sahaja pada design ataupun fungsinya... tetapi yang lebih membanggakan sekali ialah enjinnya. Enjin basic mereka samada quartz atau automatik banyak dibeli oleh syarikat lain & digunakan pada jenama lain, contohnya Alba (anak syarikat Seiko), Chronoforce, Pulsar & lain-lain lagi.

Jika jenama Swiss yang menang brand yang kebanyakannya menggunakan ETA, Seiko berbangga dengan enjin in-house mereka & boleh dijual dengan harga yang jauh lebih murah dari jenama Swiss. Dari segi ketahanan, Seiko sudah membuktikan yang mereka adalah jaguh dalam liga ini. Mengapa?

--------------------------------

Mengikut sejarah....

Sebelum wujudnya Contrôle Officiel Suisse des Chronomètres, ataupun Official Swiss Chronometer Testing Institute (COSC).... pernah terdapat satu observatory testing & pertandingan yang mempunyai standart tinggi diadakan di Switzerland. Testing yang diadakan ini adalah cukup ketat & mempunyai standart yang lebih tinggi berbanding COSC sekarang. Apa yang berlaku pada ketika itu merupakan titik tolak kepada Seiko untuk terus maju ke depan & tidak tunduk dengan peraturan serta desakan dari mana-mana pihak yang pada aku bias. Sebab apa? Testing yang diadakan pada waktu itu sebenarnya telah berlangsung selama 23 tahun. Sebanyak 5093 jam yang dihantar untuk mendapat pengiktirafan & hanya 3253 sahaja yang lulus. Hanya beberapa manufacturer yang menyertainya & hanya Omega & Patek menyertainya setiap tahun. Peserta lain pula terdiri daripada Rolex, Zenith, Longines, Mavado, Vacheron & Constantin, Ulysse Nardin, Cyma & Favre-Leuba, bersama-sama watchmaker profesional (persendirian)...... sehinggalah Seiko hadir....

Hadirnya Seiko telah memberi tamparan yang cukup hebat kepada ke semua jenama Swiss pada ketika itu. Jenama-jenama hebat lain menghantar jam yang dibuat khas untuk pertandingan tersebut. Bukan calang-calang jam yang dihantar tu...
tetapi Seiko pula tidak menghasilkan jam khas untuk pertandingan tu, tetapi hanya menghantar jam yang telah dihasilkan & sudah pun dipasarkan iaitu Grand Seiko.

Hanya ada 2 jenama selama 23 tahun pertandingan itu diadakan menghantar enjin dengan nombor enjin pasaran, iaitu Seiko & Gerald Perregaux. Tetapi pertandingan ini dihentikan oleh Swiss pada tahun 1970an setelah 2 tahun berturut-turut Seiko memenanginya dengan jam dalam production line. Kemenangan oleh pihak Jepun ini telah memalukan jenama-jenama Swiss sehingga pihak Swiss sendiri menghentikan pertandingan yang telah berlangsung selama 23 tahun itu. Sekiranya Swiss meneruskan pertandingan ini, kemungkinan besar Seiko akan menang lagi. Jadi untuk tidak memalukan diri sendiri lagi sekali, mereka menghentikan terus pertandingan tu.



Grand Seiko SBGA029
Model diver Seiko dengan enjin GS.



Suatu badan yang lebih besar & mempunyai standart yang lebih tinggi dari COSC adalah Astronomical Observatory Chronometer Standart. Seiko menghantar jam bersama-sama dengan jenama high-end di dunia.... Grand Seiko dihantar sekali lagi. Di akhir tahun 1960an... dari ke semua jam yang dihantar itu, hanya ada 2 jam sahaja yang lulus ujian itu. Dua sahaja!... iaitu Grand Seiko & Gerald Perregaux (jam yang dibuat khas untuk ujian itu).

Disebabkan syarikat Jepun ini mendominasi dunia horologi di akhir tahun 1960an & pertandingan yang telah diadakan sebelum itu (menang 2 tahun berturut-turut)... pada tahun 1972 beberapa pengeluar Swiss membuat permintaan supaya menghentikan pertandingan itu. Pada tahun 1973, COSC diwujudkan pula dengan ujian yang kurang ketat berbanding Astronomical Observatory Chronometer Standart.


Pemilihan
Seiko sebagai juara telah memalukan pengeluar yang lain kerana Seiko tidak perlu pun buat jam khas sebab jam pasaran mereka itu adalah memang jam yang terbaik. Seiko memang cukup yakin jam yang mereka hasilkan untuk pasaran itu & seolah-olah juga menunjukkan bahawa syarikat lain tidak yakin dengan jam yang mereka telah pasarkan & perlu buat jam khas untuk pertandingan itu pula. Dah buat pun, kalah dengan Seiko... Bukanlah nak 'menjatuhkan' syarikat yang lain & 'menaikkan' Seiko, tapi inilah yang belaku & ini adalah sejarahnya.

Kita tidak perlu khuartir & tercabar jika orang memperlekehkan jam
Seiko yang kita pakai kerana seungguhnya mereka tidak tahu akan sejarah ini & kemasyuran sebenar Seiko di kalangan watchmaker di seantero dunia. Dunia horologi amat berbangga dengan pencapaian Seiko yang telah menghasilkan jam yang terulung serta mampu dimiliki orang kebanyakan. Syarikat Swiss pun salute dengan Seiko.


--------------------------------------------


Jika jenama Swiss perlu mendapat pengiktirafan COSC untuk jam chronometer, Seiko pula tidak menghantar untuk mendapat pengiktirafan ini. Hanya jam yang layak sahaja boleh menggunakan tag chronometer pada jam mereka. Tapi tidak bagi Seiko... mereka mengeluarkan pengiktirafan mereka sendiri dimana mereka claim yang jam mereka mengikut pengiktirafan & standart yang sama malah lebih baik dari COSC. Sejarah telah membuktikan mereka benar. Jadi, buat apa perlu nak hantar check pula. Perdebatan hebat pada waktu itu menyaksikan ramai yang tidak setuju dengan Seiko. Tapi dasar pandang ke timur Jepun amat kuat & memberi impak yang besar dimana Seiko tidak langsung tunduk dengan desakan ini & meneruskan usaha mereka itu.

Pendapat aku, bagus juga Seiko berbuat demikian. Ini menunjukkan suatu daya usaha Seiko dalam penghasilan jam yang bermutu tinggi. Walaupun COSC tidak mengiktiraf jam Seiko, tapi pengiktirafan itu mereka diberi oleh mereka sendiri & diperolehi oleh pembeli di dunia. Ramai yang sukakan Grand Seiko yang setanding dengan Rolex pada ketika itu. Satu lagi, ia juga menunjukkan kuasa Jepun yang sebenar. Orang lain tidak boleh sewenang-wenangnya menyuruh atau menundukkan kuasa Asia & Jepun sudah membuktikan yang kuasa Asia tidak boleh di pandang enteng.


Seiko Kinetic Prepetual.
Jam ni mempunyai power reserve selama 4 tahun!


Inovasi yang Seiko hasilkan juga amat dibanggakan. Jika syarikat Swiss kebanyakannya hanya menggunakan enjin ETA, enjin in-house Seiko yang dihasilkan mampu menyaingi enjin ETA... malah Seiko juga menghasilkan enjin mekanikal yang orang lain tak terfikir sebelum ni. Jika yang lain masih dengan enjin mekanikal tradisional, Seiko keluar dengan enjin kinetik. Ramai juga keliru dengan automatik dengan kinetik. Ini akan aku ceritakan kemudian... Enjin kinetik mampu bertahan sehingga 4-7 hari jika cukup charged. Kini, dengan model Premier, power reserve model Premier Perpetual Calender mampu bertahan sehingga 4 tahun sekiranya tidak digunakan. Selain itu enjin high-end mereka seperti Grand Seiko memberikan suatu kayu pengukur yang kuat & seterusnya mereka menghasilkan pula enjin Spring Drive... gerakan jarum saat yang sweep & senyap.... the quiet revolution. Enjin high-end ini tidak dapat tidak, kena keluarkan lebih RM20k untuk memilikinya.


Seiko Spring Drive.




Seiko juga menghasilkan jam high-end untuk mereka yang bergelar jutawan. Credor Sonnerie dihasilkan bagi menyaingi & sebaris dengan jenama Swiss dalam kategori mewah. Mungkin ramai yang menyangka Seiko hanya menghasilkan jam dengan harga yang rendah. Mereka perlu tahu dengan lebih mendalam tentang setiap jenama sebelum smash tanpa fakta. Jam Credor Sonnerie ini hanya dijual USD$134000 ja. Jika berkemanpuan... why not?

Sedikit sejarah ini mungkin boleh membuka mata mereka yang selama ini memandang rendah dengan jenama Jepun & berbangga pula dengan jenama lain... apatah lagi ada yang berbangga dengan jenama butik/fesyen. Jangan malu sekiranya anda sedang memakai Seiko di tangan sekarang. Walau berapa harganya sekali pun ia adalah jenama yang hebat & perlu berbangga dengannya. Tidak ada jenama Swiss yang mampu berbuat seperti Seiko.
Read more

Automatic Chronograph Movement History

Movement chronograph untuk jam pertama kali dibuat pada tahun 1862. Dan pemanfaatan chronograph untuk jam tangan pertama kali tersedia pada tahun 1910, dan dunia harus menunggu selama hampir 60 tahun kemudian sampai dibuatnya chronograph automatic untuk pertama kali. Automatic chronograph diyakini sebagai salah satu penemuan besar dalam industri jam mekanis.

Tidak lebih dari 3 jenis mesin automatic chronograph yang diperkenalkan kepada publik pada tahun 1969. Pertama, Calibre 11 yang merupakan konsorsium dari Buren, Heuer, Breitling, Hamilton dan Dubois Depraz. Cal.11 pertama kali dipamerkan di Basel fair pada Bulan Maret 1969. Cal.11 merupakan automatic movement dengan menggunakan micro rotor dengan peletakan modul chronograph diatasnya.Pada saat yang bersamaan Zenith/Movado memperkenalkan movement mereka yang terkenal (bahkan sampai kini masih diproduksi) yaitu El Primero. Zenith meng-claim bahwa movement mereka merupakan integrated automatic chronograph yang pertama.

Dan kemudian di sisi lain dari dunia, ada juga pihak yang memperkenalkan movement automatic chronograph mereka yaitu, Seiko 6139. Movement ini merupakan movement chronograph dengan menggunakan 1 register chrono, dengan 30 menit counter dan sudah dipatenkan pada awal tahun 1969.

Kemudian pada tahun 1970, Seiko memperkenalkan seri terbarunya 6138 yang mengadopsi 2 register chrono dan seri ini tidak pernah berubah sampai tahun 1979 yang merupakan tahun terakhir produksinya. Di saat yang bersamaan Cal.11 dan El Primero juga melakukan beberapa kali penyempurnaan pada movement-nya. Caliber 11 kemudian digantikan oleh Calibre 12 setelah 3 tahun kemudian.
Read more

Yang rare Design by Insight © 2009